Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral
Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral | Macam-macam saje pengusaha restoran untuk mengambil keuntungan berlebihan hingga sanggup menipu pelanggan dengan cara yang kita sendiri tidak sanggup makan di restoran ini?
Pekerja Inilah Lakukan Perbuatan Tersebut |
Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral
Tersebar rakaman video yang memaparkan pekerja sebuah restoran berdekatan Terminal Bas di Salak Selatan yang telah menjadi viral dan menjadi topik hangat tentang penyediaan makanan mereka.
Majoriti yang menonton video berdurasi 4 minit 16 saat tersebut amat marah dan rasa tertipu apabila mengetahui restoran tersebut menghidangkan menu makanan yang dikitar semula sebelum ianya dicampur dengan masakan baru.
Kalau bukan kerana video ini, pastinya pengusaha restoran ini akan terus menipu pelanggan tanpa ada rasa berslah dengan tingkah laku mereka ketika menyediakan makanan kepada pelanggan.
Mereka lakukan semua ini bagi mengaut keuntungan berlebihan. Mungkin ramai lagi pengusaha restoran lain yang melakukan perbuatan jijik ini sedemikian rupa.
Dalam rakaman video tersebut seorang pelanggan telah merakam perbuatan pekerja tersebut membasuh daging dan ayam lama yang telah dimasak untuk dimasak kembali dan dicampur dengan masakan lain yang baru.
Dalam kejadian itu, mereka menafikan dakwaan tersebut dan mula berang apabila rakaman perbuatan mereka diambil. Setelah berkali-kali ditanya, mereka masih berdolak-dalih, tidak mengaku kesalahan dan mendakwa bahawa daging dan ayam tersebut untuk dibuang bukannya untuk dimasak semula.
Setelah itu, beberapa orang pekerja restoran itu mula ketakutan apabila pelanggan terbabit akan melaporkan kepada pihak kementerian Kesihatan tentan perbuatan mereka.
# Diharap selepas ini, mana-mana penguasaha restoran dan kedai makan tidak melakukan perbuatan seperti apa yang diceritakan dalam kisah Keyboard Viral ini "Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral" supaya ia tidak diikuti oleh restoran-restoran lain.
Apa salahnya kita bersikap jujur dalam melakukan apa-apa jua aktiviti, lebih lagi berkaitan dengan pelanggan. Pelangganlah yang membuat restoran kita terkenal dan tersohor jika segala makanan yang kita hidngkan sedap, bersih, selamat untuk dimakan. Silap haribulan, ia boleh mengakibatkan keracunan makanan. Siapa yang menangging akibatnya nanti?
Cuba fikir dan renung-renungkan!
Restoran Tipu Pelanggan Jadi Viral
Reviewed by KamilSalleh
on
28.8.16
Rating:
iskk..tak patut lah mereka buat macam tu...
BalasPadamSudah pasti pelanggan tak singgah makan lagidi situ.
Padamkalau dah macam tu..loya tekak saya nak makan
BalasPadamMemang betul-betul loya dan sukar nak telan makanan tersebut.
Padam