iPhone X Emas Jadi Viral

iPhone X Emas Jadi Viral - Kenapa tidaknya? Ia dijual pada harga RM294,000. Sanggupkah anda beli untuk miliki iPhone X emas ini? 


iPhone X Emas Jadi Viral
iPhone X Emas


iPhone X Emas Jadi Viral


Tahukah anda iPhone X terbaru daripada Apple Inc telah dilancarkan baru-baru ini?

Namun begitu bagi syarikat pereka Brikk yang berpengkalan di Los Angeles,  Amerika Syarikat telah menawarkan beberapa pilihan untuk produk telefon pintar terbaru Apple Inc,  iaitu iPhone X yang diperbuat daripada emas. 

Ia dikenali sebagai Lux iPhone X Ingot. Peranti buatan tangan yang amat kreatif dihasikan dengan menggunakan 250 gram (g)  emas 22 karat dan dijual pada harga RM294,000 (USD $70,000) seunit. 

Sementara itu Brikk menerusi lawan sesawangnya juga menawarkan Lux iPhone X Ingot 108 diperbuat daripada 108 gram emas 22 karat dan Lux iPhone X Deluxe mengandungi emas kuning 24 karat dengan hiasan berlian. 

Harga yang ditawarkan oleh Brikk adalah amat berpatutan jika dilihat pada kualiti dan perbuatannya. 

Harga seunit telefon pintar itu bermula serendah RM54,500 (USD $12,995) hingga RM92,000 (USD $21,995).

Pereka Brikk ini juga turut menawarkan aksesori mewah bukan saja iPhone tetapi juga Airpod yang dihiasi berlian dan juga abah-abah emas untuk anjing masing-masing berharga sekitar RM41,900 (USD $9,995).

Sanggupkah anda membayar untuk harga semahal ini dengan iPhone X Emas, walhal boleh beli dengan harga iPhone X biasa dengan harga sekitar RM4,990?

Bagi peminat iPhone dan juga emas, ia sudah pasti membelinya sebagai koleksi peribadi. 

Ia boleh menjadi perhiasan peribadi yang kebanyakan orang tak mampu milikinya. 


iPhone X Emas Jadi Viral iPhone X Emas Jadi Viral Reviewed by kamil salleh on 17.9.17 Rating: 5

Tiada ulasan