Ads Top

Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri

Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri | Murid tahun dua di Sekolah Rendah Kebangsaan di Kelang, Selangor dibuli oleh sekumpulan lima pelajar tahun tiga dengan memaksa pelajar tersebut memotong lidah sendiri dengan gunting.


Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri
Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri


Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri

Kesian melihat keadan murid tersebut, terpaksa memotong lidah sendiri akibat dipaksa oleh sekumpulan lima pelajar dalam kes buli di sekolah rendah di Kelang, Selangor. Kejadian buli dalam kalangan murid-murid sekolah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Ia sesutau yang serius dan harus dipandang lebih teliti oeh pihak sekolah dan juga Kementeian Pelajaran Malaysia.

Pelajar yang baru berusia lapan tahun mendakwa bahawa dia dipaksa memotong hujung lidahnya dengan gunting spanjang setengah sentimenter oleh lima pelajar tahun yang memakai topeng dalam kejadian tersebut.

Pelajar tersebut diugut akan dibelasah jika enggan berbuat demikian. ketika saat itu, pelajar yang menjadi mangsa tersebut ditarik bahu dengan tiba-tiba ketika keluar dari tandas sekolah dan memaksa menjelirkan lidah. 

"Mereka ugut akan belasah saya jika melawan dan disebabkan perasaan takut menghantui diri di ketika itu, saya gunting bahagian depan lidah." katanya ketika ditemui oleh wartawan akhbar tempatan di rumahnya di Flat Bukit Tinggi 1, Klang.

Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri Reviewed by kamil salleh on 07:50:00 Rating: 5

No comments