Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral

Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral | Siapa tak kenal Fara Fauzana? Pengacara terkenal telah membuat kejutan dengan mengumunkan kisah pembatalan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan.

Fara Fauzana tak Jadi Kahwin Jadi Viral
Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral

Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral

Berita viral kali ini dipaparkan tentang cerita viral berkaitan pembatalan perkahwinan beliau 2 minggu sebelum majlis perkahwinan itu dijalankan. Ia menjadi spekulasi banyak pihak, lebih lagi peminat Fara.

Ramai peminat terkejut dengan pengumumannya, Fara Fauzana tentang tak jadi kahwin dengan ahli perniagaan Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada 17 September 2016 di Menara Mustapha Kamal, NEO Damansara di Petaling Jaya, Selangor.

Pelbagai tanggapan dan cerita viral yang telah kita dengari di media sosial. Majlis perkahwinan Fafau sepatutnya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa msalah, tiba-tiba tersebar dengan cepat di internet terhadap isu ini.

Fara Fauzana atau lebih popular dengan panggilan manja Fafau, 36, berkata, beliau membuat keputusan tersebut setelah berfikir semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada Allah Taala dan mendapat pandangan dan sokongan ibu bapa serta kaum keluarga.

"Namun punca sebenar majlis perkahwinan ini dibatalkan, sukar bagi kami terangkan kepada umum berikutan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan," kata bekas penyampai radio Hot FM itu.

Mengikut sumber, bekas calon suami Fara Fauzana telah mempunyai isteri dan adalah suami orang. Mohamed Hafiz Badiuzzaman telah merahsiakan status perkahwinan beliau daripada pengetahuan umum, walaupun dah dua tahun mereka berkenalan.


Kad Kahwin Fara Fauzana Tersebar

Selepas isu Fara Fauzana Tak jadi Kahwin Jadi Viral, kini tersebar pula tentang kad perkahwinannya bersama Mohamed Hafiz yang telah diedarkan kepada keluarga dan terdekat.


Kad Kahwin Fara Fauzana Tersebar
Kad Kahwin Fara Fauzana Tersebar

Di kad tersebut tertera nama fara dan Hafiz lengkap dengan butiran seperti lokasi, tarikh, masa dan koordinat GPS.

Sehingga tersebar berita viral dan kad khawin ini, Fafau sukar untuk dihubungi oleh pihak wartawan untuk mendapat kepastian. Hanya ia diwakili oleh penerbit program muzik-muzik, Nurhul Huda Khalid, Fafau berkata, "Dia masih memerlukan sedikit masa sebelum bersedia untuk memberi sebarang keteranagan dan kenyataan yang lebih lanjut tentang isu yang tersebar luas ini."

Sementara itu, bekas calon Fafau juga dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini meminta ruang dan waktu yang sesuai untuk membuat sidang akhbar mengenai pembatalan perkahwinan mereka.

"Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.....siapa jodoh kita" Ini semua adalah ujian Allah terhadap hambanya agar lebih bertakwa. Ajal, jodoh dan maut di tangan Tuhan".

Semoga Farah Fauzana atau Fafau akan dipertemukan jodoh yang sesuai pada masa hadapan. sama-sama kita doakan agar beliau dapat jodoh dengan insan yang beriman dan beramal soleh, Insha Allah.

Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral Fara Fauzana Tak Jadi Kahwin Jadi Viral Reviewed by KamilSalleh on 8.9.16 Rating: 5

Tiada ulasan