Ads Top

Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup

Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup | Macam-macam sekarang ini berlaku.... hanya kerna tidak cukup wang hantaran, pengantin lelaki ditumbuh. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita, mahu disatukan dalam majlis perkhawinan tetapi lain pula yang terjadi. Ikuti kisah viral ini.... dalam Keyboard Viral. 




Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup

Pengantin lelaki ditumbuk dalam kejadian berlaku pada jam 3.15 petang semalam (27.03.2016) disebabkan hanya tak cukup wang hantaran untuk pihak pengantin perempuan. Hanya disebabkan kejadian tersebut, sepasang pengantin (belum disahkan menjadi suami-isteri) gagal disatukan dalam majlis akad nikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.




Video Viral: Sumber-Youtube


Dalam kejadian tersebut, pihak pengantin peempuan tidak membenarkan majlis akad nikah diadakan di Masjid Jamek Al-Khadijah gara-gara wang hantaran tak cukup yang dibawa oleh pihak pengantin lelaki. Pihak perempuan menetapkan wang hantaran sebanyak RM15,000 tetapi pihak pengantin lelaki hanya membawa wang hantaran sebanyak Rm10,000. Hanya kerana wang tersebut tidak cukup, terjadilah peristiwa hitam yang menjadi berita viral di laman sosial.

Pengantin lelaki bekerja sebagai pegawal keselamatan berumur 27 tahun dan pengantin perempuan berumur 21 tahun. Mereka difahamkan telah bercinta selama 3 tahun.

Menurut sumber, pengantin lelaki telah bersetuju dengan RM15,000 dengan membayar secara ansuran, RM10,000 dibayar sebelum perkahwinan dan RM5,000 lagi dibayar selepas akad nikah.

Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan acara akad nikah dijalankan atau diteruskan selagi mangsa tidak menjelaskan baki wang hantaran sebanyak RM5,000.

Akibat tidak setuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya memutuskan untuk meninggalkan majlis tersebut namun tidak semena-mena pengantin lelaki ditumbuk oleh salah seorang pihak pengantin perempuan.

Akibat kejadian tersebut berlakulah pergaduhan besar "Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup" menjadi berita viral di akhbar-akhbar harian tempatan dan media sosial.

Kes begini, jika kita nilai macam mhu jual anak je.... apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang, tiada sifat muafakat dalam menentukan sesuatu keputusan. Bertindak terburu-buru tanpa memikirkan kesan buruk.

Renung dan cuba fikir-fikirkan sejenak..... wajahkah atau tidak?

Ikuti kisah viral sebelum ini "Murid Dibuli Paksa Potong Lidah Sendiri"

Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara-Gara Wang Hantaran Tak Cukup Reviewed by kamil salleh on 10:27:00 Rating: 5

No comments